Monday, January 31, 2011

Boooosaaaaan . Kenapa kau kelas lain dohh , susah aku nak tengok kau tahu tak , err -.- Time rehat , nasib aku dengan fatin sangat baik ohh . Kitaorang tengah jalan nak ke koperasi . Bertembung dengan nabil . Fatin berlaga bahu dengan nabil . Sekali , nabil tolak . Kalau sekali imbas , nampak macam tolak sikit jer tapi tenaga lelaki kan . Fatin pon terjatuh . Dengan baik hatinya , dia pegi pegang aku . Aku tersandar kat dinding . Aku pon hampir hampir terjatuh . Nasib baik ada dinding , tapi SAKIT GILA BABI DOHH -.- Haihhhhh . Aku rasa aku tak ada apa apa cerita melainkan kes kena langgar di-atas tu . Sakit betol hati aku . Sabar je lahh kan , dia jugak yang langgar kan ;p

Sunday, January 30, 2011

 Fatin , aku perlukan kau dohh ;( 
Idzni , kau susah nak faham keadaan aku ;( 
Jimmy , kau makin jauh dan dah terlalu jauh ;(
Nabil , akmal akmam ;(
Hazim , kenapa berubah dohh ;'(

Saturday, January 29, 2011

Friday, January 28, 2011

Hari nie , ada merentas desa :D First time rasa merentas desa seronok . Budak tu , satria , budak model tu and budak baju hijau tu . Dorang seeeemaaat gilaaa ;D IHIHI . Rasa macam rugi gila lari lambat sikit ohh , tapi nak buat macam mana , dada aku sakit time tu . Fatin kata dia datang , tapi aku tak nampak pon . Tak adil , mana aci fatin yang nampak dia tapi aku tak nampak -.- Tapi tak pe lahh kan , dapat tengok satria and budak tu pon jadi lahh ;D Ching ching , seronok gilaaa .

Thursday, January 27, 2011

Dia sangat handsommeeee hari nie ;D IHIHI . First , ade perjumpaan permainan . Kitaorang ambik bola baling sebab badminton ramai gilaa . Lepas habis tu , pegi masuk kelas . Kitaorang masuk awal sikit lahh . Aku pon bukak lahh buku nota agama , nak baca sebab nanti ustazah nak buat test . Sekali , dia lalu . Aku macam ' ehh ' . Tapi aku tak sedar sangat . Bila toleh ke depan , farrah tengah pandang aku , aku pon macam ' ohh ' . AHAHA . Bila dia nak balik ke kelas dia balik , ya allah , seeeemaaaat giiiilaaaaaa ;D Lagi lagi time dia senyum , coomeeel gilaaa xD Aku rasa macam nak menjerit jer kat situ . Masa seni , best ohh . Kitaorang pegi studio seni . Time nak balik ke kelas tu , zul tiba tiba jatuh , AHAHA , macam bodoh gilaa ;D Lepas tu , tiba tiba dia menyanyi . Time dia menyanyi tu kelakar gila , AHAHA . Tak malu betol . Daripada studio seni sampai ke kelas aku gelak , boleh buat geng nasyid ohh . AHAHA ;D Zul zul . Masa balik , aku cuma pandang dia daripada jauh , sebab dia jalan dulu and masa tu tengah hujan . Aku dengan syahirah balik lambat sikit . Time tengah jalan , kitaorang nampak kekasih hati hanis . Kitaorang pon usha lahh dia . Kelakar dohh ;D AHAHA . Besok , aku masuk lari . Ching ching ;D Best-nyaaa .

Wednesday, January 26, 2011

Pagi tadi bangun , tiba tiba rasa pening , tekak pon rasa loya . Err -.- Tapi sekejap jer , lepas tu okay dah . Lagipon , hari nie aku senyap sikit . Aku berfikir . Dari awal lagi kau memang tak suka kan ? Bagi aku lahh kan , kau dah suka stay kat situ , lagipon kan tempat tu best , seronok kalau nak bandingkan kat sini . Ye , memang aku kata tak kisah tapi sikit pon kau tak boleh nampak kan ? Belum cukup baik untuk kau memahami diri aku . Kalau jadi lahh kan , lepas nie , mesti korang asyik citer pasal kelas tu jer . Pasal budak tu , pasal cikgu tu , pasal orang tu , pasal orang nie , pasal mata pelajaran tu , semua lahh pasal perkara yang berlaku kat kelas tu . Aku pon kena lahh jadi orang yang macam tak wujud kat tepi tu . Jauhkan diri elok sikit daripada jadi FAKE . Tapi susah sebab akhirnya , ia akan memakan diri aku balik . Aku rasa tak perlu lahh kan . Aku ada hanis nanti dan mungkin jugak farrah and huda , kira okay lahh tu . Lebih baik menghargai benda yang kita dah ada daripada mengharap benda yang kita belum tentu akan dapat :) Eeeee , aku rasa macam nak peluk jer budak tu ;p IHIHI . Sakit rahang pipi aku tahu tak bila nampak kau . Lagi lagi kalau dia senyum , ya allah , rasa macam nak menjerit kegembiraan jer , AHAHA ;D

Tuesday, January 25, 2011

Khamis - Cuti thaipusam , cuti sekolah :D

Jumaat - Arhhhhhhh , tak ingat -.- ade sesuatu berlaku tapi aku tak ingat . Alaaaa D; Fatin siot jer dohh . Ade ke patut menjerit nama aku ? Dan ade ke patut dia jerit nama budak tu kuat kuat time balik hari nie ? Kesian nama maryam , hari hari diseru oleh nur fatin farhanah yang gila dan guna kelemahan budak tu untuk menang -.- Benggong betol .
Isnin - Ade rombakkan kelas . Biar betul cikgu nie , mintak mintak sangat sangat tak satu kelas dengan dorang . Tengok tengok , ramai yang kekal tapi ade yang tukar kelas jugak . Idzni masuk 3D , yeah :D Alhamdulillah , tak sama kelas dengan dia . Mana tahu tiba tiba dia melompat ke kelas D . Ngeeeee ;p Time rehat , .............. Haihhh , tak perlu diungkit-lahh . Menyakitkan hati jer . Adoiii , tak ingat lahh . Kenapa aku terlupa pulak nie -.- Kenapa aku asyik terkaku jer hari nie , bongok betol lahh . Time balik , lalu dekat tangga ke tandas tu , tiba tiba dia lalu . Tergamam aku sekejap . Tak lama lagi kena heart attack lahh aku . Sejak kejadian hampir terlanggar dulu tu , aku jadi takut dengan kau . Takut terlanggar kau dan entah kenapa aku memang takut . Jantung aku macam nak terhenti . Eeeee , seram -.- Gilaaa.
 Selasa - Sorry , aku bebankan masalah aku dekat kau . Aku pening dan tension gila dohh . Penat gila asyik fikir benda yang sama berulang ulang kali . Tapi aku frust sekejap jer ;p HAHA . Hari nie kat sekolah , time rehat , aku tersentap ! Masa aku nak keluar kelas , aku perasan dia cuba larikan anak mata dia daripada pndang aku . Haihhhh , aku tak bunuh orang pon dohh -.- Bila kat foyer , aku cuba cuba nak usha dia , aku cover cover lahh sikit . Sekali tu , bila aku pandang , aku tergamam sekejap aku terus tunduk . Imaginasi aku jer kot . Dah lahh , lupakan je lahh . Benda macam tu tak akan berlaku lahh , jangan mimpi di-siang hari maryam . Petang nie , ade latihan merentas desa . Macam best jer dohh ;D Aku ajak hanis pegi , kitaorang pon pegi . Farrah dengan huda stay-back kat rumah aku . Dalam pkul 3 tu , sampai lahh kitaorang ke sekolah tapi start 3.30 -.- Bosan menunggu tak terhingga . Masa beratur kat padang , carik dia . Carik carik , tengok tengok tak ada . Fuhh , nasib baik . Lepas warming-up , kitaorang tulis tulis nama sekejap ikut rumah sukan , sekali aku tertoleh ke barisan lelaki , aku terpandang lahh sorang budak ' tinggi ' nie . Ya allah , dia datang ke ?! Mak aii . Nasib baik lelaki start dulu . Lepas tu , kitaorang pon lari menuju ke tempat tempatnya , penat gilaa kot , jantung aku rasa sakit . Aku tahu lahh jantung aku tak sihat sangat dan agak lemah , rasa macam nak pecah jer jantung aku . Tapi aku tahan jer sebab aku memang nak sangat lari . Dah jauh tu , tiba tiba hanis tnye pasal budak tinggi tu , aku fikir dia dah lepas sebab ramai budak lelaki dah lepas . Sekali kitaorang tertoleh dekat tempat yang macam tinggi sikit tu , ya allah ! Belum lepas lagi ke , aku tergelak kat situ ;D HAHA , macam bodoh gila time tu . Sebelum masuk sekolah , dia jalan belakang aku , tak heran pon , saja nak kecoh kecoh ;p HAHA . Dah habis tu , kitaorang pon keletihan tapi first time aku rasa merentas desa best . Sepanjang lari , tak berhenti henti bercakap dengan hanis ;D Tak pe lahh kan , tak boring . IHIHI . Masa balik , kitaorang duduk ditepi longkang merehatkan kaki dan bercerita . Dalam pkul 6.30 , kitaorang pon balik . Dan aku rasa sangat penat -.- Pinggang dan kaki sakit gila , nak bergerak punya lahh susah . Tapi tak pe lahh kan , janji aku gembira :D

Wednesday, January 19, 2011

Selasa - Yeah , dah ambik dan dapat cermin mata :D Hari nie , farrah datang , idzni pulak tak datang . Fatin sorang sorang . Kesian dia ;p HAHA . Masa rehat selisih sebelah dia and masa rehat jugak , fatin nak pegi bilik spbt untuk hantar buku kat cikgu . Masa tengah lalu kat foyer D , cikgu tu keluar , fatin kejar lahh cikgu . Aku pon jalan lahh slow slow kat belakang . Fatin pon cakap cakap kejap dengan cikgu , aku pon berdiri lahh sebelah fatin . Sekali , dia datang jumpa cikgu bagi kertas macam surat kot , maklumlahh ketua kelas ;p Dah settle tu , aku pon pusing lahh nak ke foyer , pusing pusing , aku terkaku kejap . Dia kat depan aku , aku cuba lahh nak mebolos diri keluar dari situ , lalu sebelah dia , bahu tersentuh bahu ;D IHIHI . Berbunga bunga hati aku . Aku pon tersenyum ;) Best gilaaaaaa . Malam tu , pegi klinik sebab batuk yang macam siot jer , haihhhhh -.- 

Rabu - Hari nie , agak tak selesa kot . entah lahh , macam bongok gila jer -.- Ohh lupa , malam tadi aku mimpi pasal S . Aku tak ingat sangat lahh . Tak silap aku , masa tu aku dari kelas turun ke tingkat 1 . Bila aku belok nak ke tingkat 1 , aku nampak S tengah duduk kat bahagian tepi blok B . Aku pon pegi kat dia , aku cangkung sebelah dia . Aku macam tnye lahh dia kenapa duduk kat situ , dia senyap jer . Aku pandang dia kejap , sambil sambil tu aku tunggu sampai dia jawab . Lepas tu , aku toleh toleh lahh kiri kanan . Sekali , ternampak akmal akmam . Aku pon pandang je lahh akmal akmam . Dia pon pandang pelik kat aku . Kat tempat dia berdiri tu , macam ada satu geng berkumpul kat situ . Time tu macam dah senja . Dah lama lama tu , akmal akmam pon pegi . Tinggal aku dengan S . Entah macam mana , kitaorang pon berborak borak . Tak ingat ape yang kitaorang borak tapi yang aku ingat ade citer pasal budak yang dia suka . Bila citer pasal budak tu , dia muram dan senyap jer . Macam orang kecewa . Lepas tu , aku tak ingat dah . Satu lagi , dalam mimpi nie , seolah olah aku nie suka kat S tapi aku pendamkan . Ehh kejap , apehal S pulak ? Kenape aku mimpi pasal S pulak nie ! Pelikkkkkkkk -.- Kat sekolah pulak , aku banyak kali nampak budak tu . Berjalan jer kerja dia . Tak tenteram aku dalam kelas ;p Masa rehat , fatin jadi rajin , kitaorang pegi kantin . Ya allah , aku jadi tak tentu hala kat situ . Fatin pulak tak reti berdiri diam diam . Rasa malu gila dohh ;D Tapi kan , yang lagi kelam kabut masa math . Cikgu nak guna protractor , aku pulak tak bawak . Cikgu suro pinjam . Dorang pinjam kat kelas atas . Aku dengan hanis pon ikut dorang je lahh . First mintak kelas L , dapat dua jer . Yang lain lain pulak kat kelas I . Nak pegi kelas I kena lalu kelas J . Aku macam nak lalu ke tak nak lalu ke tak . Last last , lalu je lahh . Aku pon lalu , rasa mcam segan gila kot . Tapi aku jalan tak pandang kiri kanan pon , pandang depan jer ;D AHAHA , cuak jer lebih . Macam bodoh jer . Time balik pon best jugak . Jalan jalan , toleh kiri , ade dia ;D IHIHI . 

P/S: Hanis , kalau kau baca psal mimpi tu . Tolong jangan salah faham . Dalam mimpi jer aku macam suka kat dia . Realiti tak . Jangan nak memandai mandai . Ape kejadah lahh reka nama MAMI tu . Tak berfaedah , tak baik tahu tak ;p

Monday, January 17, 2011

Hari nie , best sikit . Masa perhimpunan , dapat tengok dia . Sangat senang nak nampak ohh . Bila dia senyum , waaaaaaaaaaahhhhh xD HAHA . Sekarang pegerakkan kitaorang dah lain . Lelaki ikut tangga lain , perempuan ikut tangga lain . Tu yang best tu . Bukan sebab diasingkan tapi sebab , dia kan 3F , kalau nak turun kena lahh lalu depan 3D . Conclusion-nya , aku dapat lahh tengok dia ;D Senang kan ? Lagi lagi kalau time rehat atau balik . Kalau bertuah , dapat lahh selisih dengan dia . Best-nyaaaaaaaaa . Sayang cikgu ;D IHIHIHI . Farrah tak datang hari nie , jadi bosan lahh sikit sebab kena duduk sorang sorang . S senyum pon handsome ohh ;p IHIHI . Tapi aku tak suka dia pon . Kenapa rasa macam semua orang baik jer hari nie ke aku jer yang rasa lain . Amira pon sama , sanggup bagi pinjamkan aku seringgit sebab tengok aku tak beli ape ape . Pelikkkkkkkk . Entah lahh , tak heran pon . Masa rehat dengan time balik selisih dengan dia . Handsomeeeeee ;D HAHA . Aku iri hati sikit dengan dorang sebab dorang satu kelas .  Tapi siapa kisah kan , macam aku kata lahh , kalau hati aku hancur berkecai ke , calar balar ke , meletup ke sape kisah kan . Tak pe tak pe , aku boleh hidup lagi sebab ape ape pon aku seorang jer yang rasa kan kan kan ;) Dan tak mungkin dia akan suka balik kat aku dan balas perasaan aku kalau aku luahkan lagi lahh fatin . Misal kata aku luahkan , dan mana tahu nanti tiba tiba aku tersuka orang lain . Bila dia tahu mesti dia akan rasa aku main mainkan dia . Mula mula kata suka dia , then kata suka orang lain . Nanti baru terhegeh hegeh nak suka kat dia balik . Keadaan aku selalu mcam nie lahh , bila aku suka dia , dia diam , senyap , pendam ape yang tersimpan kat dalam hati dia tu . Bila aku suka orang lain , baru aku tahu yang dia suka kat aku . Macam cermin yang melantun tahu tak . Aku dah buat silap dulu , tak akan aku nak ulang balik . Asyik fikir kepentingan sendiri dan lupa perasaan orang lain . Last last , sama sama frust . Sekarang semua dah lain lahh wei , aku mana ada ape ape pilihan lagi . Tapi masalah aku satu jer . Aku tak boleh nak give-up .

Friday, January 14, 2011

Hari nie , okey lahh . Cuma waktu rehat , aku sedih sekejap . Malas dahh nak memikirkan-nya -.- Dalam kelas , macam bodoh gilaaa . Aku dok ter-sengih sengih sorang sorang kat belakang tu ;D HAHA . Entah kenapa , aku nampak si S tu senyum , tiba tiba aku pon ter-senyum . Pelikkkk . Perkara ini tidak sepatutnya berlaku . Ape ape pon aku tak suka dia . Takkk nakkk . Nanti aku jadi gilaaaa ;D IHIHI . Time balik , farrah dengan amira menggunakan bahasa yang menggelikan , meremang bulu roma aku . Bongok gila jer ;D AHAHA . Petang pulak , pegi berjalan jalan tanpa ada arah tuju -.- Aku pon tak tahu pegi mana . Syahirah sangat bagus ohhh . Citer tahun lepas baru hari nie citer . Haihhhh --' Tak sempat aku nak berangan - angan ;p IHIHI .

Thursday, January 13, 2011

Tak ada mood sangat dohh -.- tak mengantuk tapi bosan gilaaaa . Korang nie agak lembap lahh , penat aku menunggu . Derrr , punya lahh senang tapi korang tak dapat jugak . Haihhhhh . Yelah , fikiran dan pendapat orang lain lain . Tapi korang dah tahu kan . Kenyataan tu berkali kali ganda menyedihkan kalau nak dibandingkan dengan time aku sedih pasal budak tu . Aku tak boleh nak pasrah lahh wei , selagi ade benda boleh buat selagi tu aku akan buat . Masalah betol lahh . Nak give up pon susah ke -.- Tapi kira okey lahh hari nie , boleh jugak gelak gelak dan citer benda bodoh bodoh , macam siot jer ;D
Hanisss , samhahhhh . Aku tak suka dia lahh . Maksud aku , S . Aku cuma suka pandang dia jer sebab bila aku pandang dia , aku macam nampak budak tu . Bukan rupa tapi mungkin perangai kot . Dan aku tak gila lagi lahh , tak adanya aku suka kat dia walaupon die tu boleh tahan jugak handsome ;D HIHI . Tapi malu gilaaa nak pandang dia lama lama , nanti tak pasal pasal aku gelak sorang sorang dalam kelas karang . Syok sendiri lahh katakan ;p HAHA . Tapi aku suka tengok dia senyum . Rasa tertarik pulak ;) IHIHIHIHI . 

Wednesday, January 12, 2011

Isnin - Tak ade ape sangat pon . Boring je lahh . Tension gila kot . Lagi lagi sains , tak faham langsung . Tambah pulak dengan mengantuk lagi . Haihhhhh . Macam ape jer -.- 

Selasa - Ade kawan macam tak guna jer -.- Sorry tapi aku tak puas hati lahh . Perasaan aku tak ade sape pon nak jaga kan . Tak ade sape pon perasan kan . Bergembira lahh korang berdua . Lantak korang lahh . Malas aku nak fikir . Penat tahu tak , penat !
 Rabu - Hari nie , hmmm . Sorry sebab aku kena jadi FAKE . Ye , aku pura pura depan korang . Bila aku citer , korang bukan nak dengar pon kan . Bila aku nak serius , korang main main . Fikir aku tak terasa ke . Hint aku bagi pon korang tak dapat tangkap . JURANG . Fikir lahh sendiri ape yang aku cuba nak sampai kan . Bila dah tahu , tak payah lahh kata tak perasan lahh , tak rasa lahh , itu ke ini ke . Korang dah boleh nampak depan mata korang tapi korang menilai lahh sendiri . Aku rasa lain , korang rasa lain . Pandai pandai lahh . Kalau aku sorang sorang pon , aku tak ' mati ' lagi kan . Lagipon , aku tak ade pilihan . Ape ape pon aku buat , hakikat-nya aku dah tak ade pilihan . Aku dah penat lahh . PENAT . Penat terpaksa berpura pura gembira depan kawan baik sendiri semata mata nak tutup kesedihan sendiri , penat nak berharap dekat orang yang cuma tahu pendam perasaan sendiri atau merendah diri sedangkan peluang 2 kali ganda terbuka untuk kau , bila dapat tahu mula lahh nak kecewa lahh , pasrah je lahh , ape lahh , itu lahh ini lahh . Macam bodoh gila , malang-nya aku tak boleh nak benci kau . Dan penat fikir benda benda bodoh macam nie yang cuma akan menyakitkan perasaan dan hati aku . Setakat lain kelas , ape kisah kan ? Aku sorang , korang berdua . Ye , mungkin aku ade farrah , hanis , samhah dan mungkin amira dalam kelas tu . Tapi korang tahu ape en . Berapa ribu kali pon hati aku hancur berkecai atau terluka , korang bukan tahu pon en .

Friday, January 7, 2011

Hari nie , rasa okey lahh . Aku mungkin terima cabaran idzni , cabaran untuk senyum kat budak tu . Aku nak buat tapi aku pon tak tahu boleh buat ke tak , malu tuuuu ;D Nak bertembung dengan budak tu pon susah lahh . Ehh kejap ! Budak tu jadi ketua kelas ? :O AHAHAHA , biar betol dohh . Setahu aku , cikgu tak gila lagi kan ? HAHA ,  tapi ape salahnya kan kan kan kan ;D Tak baik pandang rendah kat orang ;p Masa last , ehh tak , lepas habis masa last ade kemas kemas kelas , kira macam hias hias kelas lahh . Jadi kitaorang balik lambat sikit lahh , lambat lagi pon tak pe ;D Dalam kelas , hazim tak ade kerja pusing pusing dalam kelas dengan spek tebal tu , HAHA . Tahu lahh tak de geng kan , selisih dengan aku , ade jer perkataan nak disebut en ? Lepas tu , sengih sengih . Hazim gila ;D Amira lagi lahh , gelak gelak tiba tiba serius , lepas tu gelak balik . HAHA , bongok gila xD Dah habis hias hias kelas yang tak berapa berhias , kitaorang semua pon balik . Dan di rumah waktu petang , aku pon menangis . Kenape ? Sebab aku rasa sedih sangat sangat sangat dan hati aku sangat sangat sangat sakit . Ape boleh buat kan , hakikatnya aku memang dah tak ade pilihan . Menangis sampai tertidur . Lepas tu , terus okey sikit . Malam tu , rasa happy sikit sebab teringat balik kelas tahun lepas yang best gila tu , IHIHIHI . Lagi lagi ade budak tu kan , dengan senyuman dia tu , handsome gilaaaaaa :D

Thursday, January 6, 2011

Hari nie , tak belajar . Form 3 duduk kat dewan sampai balik , masa first jer belajar . Dekat dewan , cikgu bagi bermacam-macam taklimat tapi aku tak dengar pon ;D Lepas rehat , lalu kat tingkat 1 tu , sekali ade lahh sekelompok budak budak lelaki lalu . Sekali , aku terpandang . Budak tu ! Aku terdiam ;( Waaaa , aku tak boleh nak pandang kau dohh . Dalam dewan , aku senyap . Aku tak tahu nak buat ape , aku rasa sedih sangat sangat . AKU TAK ADA PILIHAN . Aku tak boleh buat ape ape pon kan . Sepanjang hari aku rasa sedih sangat sangat . Aku tak boleh nak kuatkan hati aku , aku tak boleh nak carik semangat aku lahh fatin ;( Aku tak cukup kuat ;'(

Wednesday, January 5, 2011

Hari nie , bangun lambat ohh . Pukul 7.00 baru bangun , kelam kabut gila lahh sampai turun tangga pon nak terjatuh tapi nasib baik sempat sampai -.- Kat sekolah , rasa sedih gila kot . Aku tak boleh nak pandang die pon ;( Lagi lagi masa rehat . Terasa gila lahh :( . Lepas rehat , macam siot jer . Aku nak pusing , nak masuk kelas . Tiba tiba , ade 2 orang budak lelaki berkejar - kejaran . Sipi sipi lagi nak langgar , boleh terasa angin-nya , terkaku aku kat situ --' Mak aii , ye pon nak lari jangan lahh macam tu dohh . Rasa macam nak tercabut jantung aku . Fatin dengan idzni , boleh pulak gelak gelak , Ish ish ish -.- Masa sains , budak model tu lalu . Sekali , ternampak die senyum . Wooww :O Comel gila , aku pon rasa macam nak tersenyum ;D HAHA . Masa balik , aku jalan dengan idzni . Syahirah kat belakang tapi jauh lahh dari kitaorang . Dah belok tu , aku nak pusing tengok syahirah . Sekali aku pusing , dia ! Ya allah . Terkejut gila aku . Dah lahh dekat gila , mata aku pulak terpandang mata dia . Lepas dia jalan , aku terkaku kat situ ! Rasa macam masa terhenti . Idzni panggil pon , aku tak dengar . Aku memang terkejut gila lahh . Bila dah sampai kat pagar sekolah , aku ter-pandang sorang budak nie . Ehh , budak tu ! Handsome gila ;( Aduii , aku nie seksa perasaan sendiri lahh . Tapi ape pilihan aku ade . Aku luahkan , aku akan kecewa . Aku pendamkan , aku akan menderita . Aku tak de pilihan sebab aku dah TER-SUKA KAT BUDAK TU ;(

Tuesday, January 4, 2011

Hari ke-2 . Okey tapi aku senggugut . Sakit gila dohh -.- Haihhhh , terseksa aku . Masa rehat , fatin citer pasal citer yang die nak citer tu , err --' Kenape aku selalu orang terakhir tahu ? 2 minggu sebelum sekolah , kenape baru hari nie aku tahu dohh . Ye , sebab aku tak tnye -.- Sedih gila dohh . Aku tak boleh nak tengok budak tu langsung sebab aku bukan ade pilihan ;( Dah lahh , tak payah fikir pasal nie . err --' Hazim dah mula dah ohh . Dalam kelas bukan main baik lagi . Kau tak pernah lupa kan ? Tak pe tak pe . Kira okey lahh tu . Kau senyap senyap , tak best lahh ;D Dan aku dah jumpa budak model tu . Tak berubah langsung , masih KEBUDAK - BUDAKKAN , HAHA ;D

Monday, January 3, 2011

First day sekolah :D Masuk sekolah , rasa lain kot . HAHA -.- Sekali tengah jalan , ade orang tolak kat belakang , tengok tengok idzni . Sampai kat foyer C , ternampak budak tu . Woooowww , handsome gila , smart , comel xD Rasa macam nak melompat melompat ;D Lepas tu , carik barisan untuk form 3 . Tiba tiba , ade sorang budak perempuan tu jerit jerit nama aku , dengan tangan die semua . HAHA dan itu adalah fatin ;D Cakap cakap sekejap , lepas tu beratur . Tengok kat depan sekejap , budak tu ade kat situ . Aku pon tersenyum sorang sorang macam orang gila kat situ . HAHA xD Seterusnya , ade perhimpunan , dengar lahh cikgu bercakap kat depan tu . Dah habis tu , masuk kelas . Duduk dengan farrah . Then , pilih pilih ketua , penolong , bendahari . Orang yang sama dengan tahun lepas . Dah lama lama tu , rehat . Pegi lahh jumpa dorang kat kelas F . Turun dan pegi ke kantin sekejap . Dah habis tu , duduk kat foyer . Cakap cakap , gelak gelak , senyum senyum ;D HAHA . Loceng pon bunyi , masuk kelas . Cikgu pon pilih AJK kelas . Dah siap semua tu , belajar sains dan agama . Dan akhirnya , balik . Tapi time balik hujan , jadi balik lambat sikit . Sampai kat rumah , tak tahu nak buat ape -.- dah makan semua tu , online kejap dan kacau baby sampai menangis ;D HAHA . Petang tu , keluar sekejap pegi kedai buku dan malam tu keluar pegi tesco . Haihhhh , aku rasa aku akan TER-SUKA kat budak tu balik lahh . Senyuman die sangat sangat xD Tapi aku tak nak sebab tak nak kecewa ;( Susah lahh nak ramal perasaan kau -.-

Sunday, January 2, 2011

Besok sekolah . Rasa macam excited pulak . Aku masuk kelas 3 Dedikasi , sama dengan hanis , samhah dan farrah yang baik tu ;D HAHA . Fatin dan idzni masuk 3 Firasat . Sama dengan budak tu and akmal akmam . Dia dan kekasih hati hanis masuk kelas J . Macam best jer pulak ;D

Saturday, January 1, 2011