Wednesday, June 29, 2011

Isnin - perang tangan dengan fatin . seronok gila cubit fatin , kan fatin kan ;p ada ke patut dia lepuk aku , dah lahh kuat gila bunyi-nya tapi tak sakit pon ;p HAHAHA . lepas tu , tuduh aku suka kat tiang lampu . si-ot jer . mana ada dohh . FATIN GILA .

Selasa - Fatin sakit gusi . Bengkak macam bukit ohh :O Kesian fatin :(

Rabu - Geram betul . Penat penat dah pakai baju sukan , tengok tengok tak pj sebab h - u - j - a - n -.- tak apa tak apa , hujan tu rahmat . Masa pegi binding kat bookshop , kitaorang pegi kat foyer C , tengok gmbar kat situ . Sebab ramai sangat orang , kitaorang jalan jalan lahh dulu . Hanis tunjuk satu gmabar nie , aku tak nampak pon sebab aku tak pakai spek . Lagipon , time tu aku tengah tulis penghargaan . Aku pon cuma angguk and kata ' ye dan ohh ' . Bila dah siap tu , aku pon tengok gmbar yang dimaksudkan . Eeeee , comel-nyaaaa ;D Gambar masa dia kecik , comel-nyaaaa . Tapi aku pendam sorang sorang jer ;D IHIHI . Time rehat , hanis join aku sekali . Sebab tadi samhah sakit . Aku nak hantar folio kh . Hanis pulak tak nak pegi sebab ada geng dorang . Aku pon memang tak nak hantar time tu tapi nak ke tak nak , hantar je lahh . Malas nak tangguh tangguh . Aku pon dengan muka setebal tebal yang boleh , lalu jer lahh kat situ dengan idzni . Aku jalan agak laju dan kelam kabut sebab darah gemuruh aku dah datang . Bila nak dekat dekat sampai kat dorang , aku tak tahu nak lalu mana . Mula mula aku nak lalu tepi tapi kat tengah dorang kosong . Last last , aku lalu jer lahh kat laluan yang tengah tu . Time aku lalu tu kan , aku terpandang tiang lampu . Dia pulak tengah pandang aku . Hati aku tiba tiba jer berdebar debar gila . Malu-nyaaa aku time tu . Lepas jer dah lepas dorang tu , aku terus tutup muka aku dengan folio . Aku tak tahu kenapa , aku rasa malu gila gila gila . Lepas dah hantar tu , aku cangkung kejap kat tangga . Aku rasa gemuruh gila , aku tak nak lalu lagi . Maluuuu . Bila dah tenang sikit , kitaorang pon jalan , tapi kali nie , kitaorang lalu kat tepi . Fuhhh , serius , aku tak boleh nak bernafas . Aduhai . Tapi rasa mcam kelakar ;D IHIHI .
Gambar nie sweeeeet ;D IHIHI .

Friday, June 24, 2011

Minggu kedua lepas cuti - Ada hari koperasi . Hari koperasi nie , lebih kepada menjual jual lahh . Aku cuma beli ' LOLI ' jer ;D Tak ingat lahh hari apa , rabu kot . Masa tu , fatin pegi beli dekat khemah depan koperasi . Aku dengan idzni tunggu kat belakang . Aku tak ada mood masa tu . Bila orang dah makin ramai . Kitaorang mula lahh ke belakang . Time tu , aku nak main main . Tangan aku tengah bersilang . Aku pon kenbelakang dengan perlahan perlahan tapi aku tak tengok belakang , aku tengok kasut aku . Aku ikut suka hati aku jer ke belakang . Sekali , idzni tahan aku . Tiba tiba dengar suara orang kata ' OI OI ' . Bila aku toleh jer , NABIL ?! Aku pon tercengang - cengang kat situ dengan mata yang terkelip kelip . Ya allah , malu-nyaaaa ! Padan muka kau maryam , main main lagi kan . Lepas nie , aku tak nak buat dah . MALU DOHH ! 

Saturday, June 18, 2011

Minggu pertama lepas cuti , dapat lahh kertas exam yang markah-nya memang boleh dikatakan teruk ;D HAHAHA . Aku dapat 2A jer . Kira okay lahh tu kan -.- Tapi minggu nie , busy dengan ' SUKAN ' . Aku dapat masuk lari tapi aku tak nak lari -.- Dan tak boleh tarik diri pon . Hari selasa , ada sukan tara . Lompat tinggi , lompat jauh , lenjar lembing dan lontar peluru . Cikgu suro datang supaya rumah sukan dapat markah . Aku dengan hanis pon datang lahh . Pelajar yang dengar cakap cikgu lahh katakan ;D IHIHI . Tapi kitaorang tak masuk apa apa pon -.- Rasa macam tak bagi pertolongan langsung . Hari rabu pulak , ada saringan untuk lari . Aku masuk 200 meter , sama dengan alin . Hanis masuk 100 meter . Penat dohh lari , tapi best ;D IHIHI . Tapi , sabtu nanti 4x100 still kena lari . Erghhh -.- Terasa malas pulak .

Sabtu - Hari sukan :D Yeahhh , rasa mcam best pulak . Time tu jugak , athirah tak datang . Jadi untuk larian 4x100 dan 4x400 tak cukup orang . Memang kelam - kabut gila nak carik orang . Mula mula nak masukkan farisya . Bila dah fikir punya fikir , cikgu susun balik semuanya untuk 4x100 and 4x400 . Dan akhirnya , aku dengan alin masuk 4x400 . Gila lahh . Dua kali round padang tu . Tiba tiba rasa macam padang tu besar gila . Larian 4x100 and 4x400 masa akhir akhir . Bila kitaorang dah kena panggil dan beratur , memang takut gila . Dah lahh lawan dengan orang yang terel terel . Ergh , rasa macam tak nak lari dah -.- Aku pelari yang ke-3 :) Time lari tu kan , rasa macam tak cukup oksigen . Memang rasa macam nak jatuh tapi aku tahan jer lahh , dan teruskan lari . Bila dah pas baton tu kat nadiah . Aku rasa mcam nak pitam . Lepas tu , rasa mcam nak muntah . Rasa macam orang mabuk pon ada . AHAHAHA ;D Sebab jalan dah tak berapa betul . Aku nak jatuh kat situ tapi huda dah pegang aku . Nak buat macam mana en ;p Dan akhirnya , aku pon duduk diam diam kat khemah rumah persona , tengok orang lain lari ;D Lepas hanis dah habis lari , kitaorang pon lepak lepak jer lahh . Tengok pertandingan cheerleding . Rumah satria tak ada life langsung ;D HAHAHA . Bila dah habis semua tu , kitaorang pon balik . Tapi hari sukan nie , sangat best ;) The End . Seronok kan ? IHIHIHI ;D

Wednesday, June 8, 2011

Cuti ? Seronok atau bosan ? Sememangnya BOSAN LAHH -_____- Tak ada benda nak buat dohh melainkan baring atas katil berjam jam . Haihhhhhhh , cuti oh cuti -.-