Monday, January 30, 2012

Aku telah mendapat maklumat yang aku akan naik pentas hari nie untuk ambik hadiah . Terima kasih tapi aku tak akan bangun kalau aku yang kena naik . Tapi , aku selamat . Tak kena naik pon . YEAHH ! Time BI , cikgu tak ada sebab ada perlawanan hoki . Satu masa last bi , cikgu kaunseling yang masuk . Sekali , cikgu panggil nama aku . Aku pon pergi ke depan . Cikgu pon tanya pasal hadiah , BLA BLA BLA , semua tu . Cikgu suro panggil fatin fazira . Time tu , aku agak mengigil sikit . Aku dengan selambanya cakap kat cikgu ' untuk apa saya kena panggil dia ? ' Cikgu pon kata pasal hadiah tu semua . Aku pon ajak syahirah teman . Cikgu kata kelas 4K . Kitaorang pon turun ke 4K tapi kelas tu semua lelaki . Banyak lahh tanya soal keluar . Lepas tu , kitaorang pergi balik kelas tanya cikgu balik . Cikgu tersilap , rupa rupanya kelas 4I . Aku terus terbeku kat situ . CIKGU ! KENAPA SAYA KENA PERGI KELAS I ? Aku dengan bahu aku yang terasa berat , naik lahh atas . Dah sampai atas tu , aku suro syahirah yang masuk . Mula mula , aku nak tunggu kat tangga jer tapi syahirah suro aku ikut dia . Aku pon ikut lahh . Lagi baik aku ikut daripada kena masuk kelas tu . Aku tunggu kat koridor dekat dekat situ . Tak adanya aku nak tunggu depan kelas dia . Nasib baik sekejap jer . Dah sudah tu , kitaorang pon turun . Rasa macam berada di awang awangan , HAHAHA . Time naik , rasa macam susah jer tapi time turun , aku siap melompat lompat lagi ;)

Saturday, January 28, 2012

CIKGU , SAYA MEMANG SUKA SANGAT SANGAT SANGAT DAPAT HOMEWORK BANYAK DAN BILA SAYA TAK SIAP HOMEWORK , CIKGU AKAN MEMBEBEL DAN MARAH SAYA . TERIMA KASIH CIKGU . SAYA MEMANG SUKA BUAT HOMEWORK YANG SAYA MEMANG AKAN BUAT LAST MINUTE . SAYANG CIKGU :)

Friday, January 27, 2012

DONUT . Hari nie , aku dah tekad nak buat homework tapi . . . tetiba aku rasa macam nak buat donut . Aku tanya lahh mak aku boleh tak aku buat donut . Bila mak aku kata boleh , aku terus melompat lompat dan carik bahan bahan-nya ;D OHOHO~ Dah campur semua bahan tu , kena uli supaya jadi doh . Aku uli macam apa jer . Habis bersepah satu ruang tamu . Susah gilaaa ! Mak aku buat sekejap jer . Last last , jadi lahh doh yang tak berapa jadi doh -.- Tak kisah lahh . Lepas dia dah kembang , petang tu aku buat lahh bentuk dia dan masak . Donut tu agak keras , aku pon tak tahu lahh nak cakap macam mana . Well , first time buat SENDIRI . Sangat menyeronokkan :D

Sunday, January 22, 2012

Saturday, January 21, 2012

 
Eeeee , sedihnya hafiz dah pindah . Walaupun , aku kenal dia setakat nama dan kisah dia sikit sikit tapi tetap sedih sebab orang yang kita kenal pindah :'(
GD & TOP . TOP AND TROPHY . COMEL JER ;D

Friday, January 20, 2012

OHOHO~ Minggu nie BEST ;) AH . Petang tadi , aku ada mimpi . Mimpi nie memang pelik dan agak menyeramkan . Mimpi tu memang nampak macam akan berlaku :O Spooky . 
 IT'S HARD IF THAT SOMEONE DOESN'T CARE ABOUT YOU.

Friday, January 13, 2012

Time rehat , aku dengan hanis turun dulu sebab kitaorang keluar awal . Lagipon , kalau tunggu dorang , nanti koperasi penuh , susah lahh nak beli . Dah siap beli tu , daripada bawah bagi lahh signal kat idzni . Bak kata hanis , mungkin nabil perasan yang kitaorang tengah melambai lambai kat bawah tu . Well , i don't care . Suka hati lahh nak lambai pon , bukan aku lambai kat dia ;p Lepas jumpa syahirah , pergi lahh koperasi . Idzni dengan syahirah masuk koperasi . Aku dengan hanis duduk lahh kat sebatang pokok nie . Sekali , aku nampak rambut buruk . Aku terus signal signal hanis . Kitaorang tersengih sengih macam orang gila kat situ . Dah sudah tu , pergi lahh ke kantin . Lepas tu , time BM . Cikgu bagi kertas suro buat latihan dalam kertas tu . Latihan ejaan . Agak susah lahh jugak . Aku dengan hanis fokus gila buat kerja tu . Sekali , dengar orang ketuk pintu . Benda biasa lahh kan , sebagai seorang manusia , bila kita dengar bunyi kita akan tengok . Aku pon angkat lahh kepala aku tengok .
AHH ! NABIL ! Aku terus tunduk pandang kertas aku . Aku tengah tahan gila gila gelak . Bila aku pandang hanis , hanis dah gelak gila gila . Lepas dia dah keluar , aku dengan hanis bantai lahh gelak . Macam apa jer dohh . Hilang terus fokus aku . BLANK ! Aku terkejut gila time tu . Macam ada orang terkejutkan kita cuma lagi terkejut , AHAHA ;p Tapi lepas tu , jantung aku sakit -.- Pengajaran-nya , jangan terlampau fokus dalam kelas ;p AHAHAHA .

Thursday, January 12, 2012

 LATIHAN MERENTAS DESA .
Petang tadi , ada latihan merentas desa . Mula mula , memang lahh aku nak sangat pergi tapi lama lama , rasa malas lahh pulak -.- Sepanjang latihan tu , aku dengan hanis berjalan jer lahh . Lari pon , kalau kena lintas . Haihhhh . Entah kenapa , tetiba jer kitaorang cerita pasal ' orang orang itu ' dan pasal orang itu dan orang itu dan orang itu . Dan , TING ! Kitaorang dapat satu idea nie . AHAHAHA . Biar rahsia aku dengan hanis jer lahh ek . Tunggu bulan 4 nanti . Kalau jadi , mesti best gila , kan hanis kan ;D 

Sunday, January 8, 2012

Semalam , aku pergi library dengan syahirah . Hanis pon pergi jugak tapi dia pergi sendiri sebab pagi tu dia ada hoki . Kononnya nak buat homework tapi -.- boleh dikatakan tak buat langsung . Buat , tapi sikit jer . Asyik fikir makan and nak jalan jalan . Apa lahh . Time balik tu , mak aku jemput lambat sebab aku ingat balik pukul 6 jadi aku kata yang kitaorang balik pukul 6 sedangkan library tutup pukul 5 . Tercongok lahh kat depan pintu masuk tu . Kat seberang pintu masuk tu , ada tempat tiang bendara . Kat situ ada tembok . Aku dengan syahirah pergi lahh duduk kat situ . Aku naik okay jer tapi syahirah , dia naik banyak kali tak lepas lepas sampai aku kena tarik dia naik atas . Yang dia pulak , tak habis habis gelak . Kitaorang macam orang gila kat situ sebab gelak banyak sangat ;D OHOHOHO~ Hari nie , aku dengan syahirah pergi lagi library . Berdua jer lahh . Mula mula pergi giant , mak aku suro beli ubat batuk kat pharmacy . Singgah lahh kat kedai 5 ringgit untuk beli hadiah fatin . IHIHI ;) Lepas tu , pergi kedai roti kejap , masuk giant kejap . Dah siap semua tu , baru pergi library . Tapi lepas sampai library , pergi makan kejap . HAHA . Nak dekat pukul 12 macam tu baru masuk library . Carik tempat duduk dan buat kerja . Buat buat buat . Haihhh , bosannya . Lepas tu , pukul 2 turun pergi cafe , makan . Makan , cakap , makan , cakap . Dah sudah tu , pergi naik balik . Guna lahh computer sekejap . Guna guna guna . Okay , dah sudah . Lepas tu , pergi last kaunter situ , tanya macam mana nak pinjam buku . Kena register online . Taip taip taip . Pergi balik kat kaunter tu . Dah siap tu , pergi lahh balik kat tempat duduk .Syahirah pergi carik novel , aku buat kerja journal . WOHH ! JOURNAL AKU DAH SIAP . Maybe cukup 350 kot . Ayat merepek merepek , HAHA . Sekali , ada pengumuman . ' PERPUSTAKAAN INI AKAN DITUTUP PADA JAM 5 PETANG . ' Okayy . Kitaorang pon keluar . Ambik beg dan duduk kat tempat tiang bendera semalam . Tunggu tunggu tunggu , kakak aku datang . Dalam kereta , kitaorang buat benda bodoh . Buat fake smile , senyum tanpa bibir bergerak bak kata syahirah , AHAHA . Lepas tu , cuba gelak tanpa bukak mulut lahh . Lepas tu , ada satu lagu melayu rock kat radio . Sekali , syahirah kata ' orang yang nyanyi lagu nie mesti feel gila lagu nie .' siap dengan gaya . Aku pon terus buat macam aku nyanyi lagu tu . WAHAHAHA . Tergelak terus sampai tak boleh nak berhenti ;D Bodoh gila .

Wednesday, January 4, 2012

FIRST DAY SEKOLAH . Haihhhh . Malas nak taip sebenarnya nie -.- Hari nie , tak belajar langsung sebab form 4 tak tahu kelas lagi . Jadi , kitaorang duduk kat dewan . Aku takut lahh pasal kelas nie . Takut nanti tak ada kawan . Actually kan , aku tak ada cerita nak diceritakan . Aku fast forward jer lahh . Lepas rehat , cikgu kata kena masuk dewan balik sebab nak umumkan pasal kelas . Aku duduk dengan hanis and syahirah . Fatin dengan idzni duduk belakang . Cikgu pon baca nama satu per satu . Sekali , dengar nama maryam . Jantung aku dah mula berdebar debar dah nie . Tengok tengok , maryam amirah . Aku baru nak hembus nafas lega . Nama aku kena panggil :O Kenapa aku kelas 4 Cemerlang =.= Aku pon mengeluh sorang sorang kat situ . Sekali , dengar nama hanis . YEAH ! HANIS SATU KELAS . Idzni and Samhah kelas 4 Dedikasi . Fatin 4 Firasat . Syahirah 4 Ehsan . Orang itu itu , kelas 4 Intelek . Tak berubah langsung . Tak adil ohh -.-
 
I HAVE A WISH AND A DREAM THAT WILL NEVER BECOME REALITY :(